Racing Tech Lubricants Sdn Bhd ialah Official ROWE Distributor Malaysia dan pengedar eksklusif produk minyak enjin premium ROWE buatan Jerman yang berpangkalan di Petaling Jaya (PJ), Selangor. Melalui kerjasama langsung dengan ROWE Mineraloelwerk GMBH, kami membekalkan pelincir 100% tulen yang direka dengan teknologi kejuruteraan Jerman untuk memberikan perlindungan enjin, prestasi optimum dan ketahanan jangka panjang. Diasaskan oleh Mr. Michael Zehe, setiap produk ROWE dibangunkan di makmal penyelidikan sendiri dengan piawaian kawalan kualiti yang tinggi bagi memastikan pelanggan di seluruh Malaysia menerima produk dan perkhidmatan terbaik.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1995, ROWE telah menjadi antara pengeluar pelincir premium yang dipercayai di peringkat antarabangsa. Dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman, ROWE menghasilkan minyak enjin berprestasi tinggi, minyak transmisi, minyak hidraulik, pelincir industri, minyak khas, cecair penyejuk radiator, cecair pencuci cermin serta pelbagai produk penjagaan automotif. Semua produk dihasilkan di salah satu kilang pelincir paling moden di Eropah yang terletak di Worms, Jerman, menggunakan teknologi terkini dan proses pengeluaran yang mampan. Sebagai Official ROWE Distributor Malaysia, Racing Tech Lubricants komited menyediakan bekalan yang konsisten, sokongan teknikal profesional dan penyelesaian pelinciran berkualiti tinggi untuk bengkel, perniagaan automotif dan pemilik kenderaan di seluruh Malaysia.
Produk Terkini
Berita Terkini
= $news_array ?>